Tidak lengkaplah sesebuah majlis perkahwinan tanpa hiasan gubahan bunga yang indah. Hiasan gubahan bunga merupakan satu elemen yang penting di setiap majlis perkahwinan kerana bunga adalah salah satu elemen yang membangkitkan suasana romantik dan sering di kaitkan dengan cinta. Pelbagai spesis bunga indah mempunyai variasi warna serta aroma yang boleh dijadikan pilihan buat para pengantin dan penata hias majlis perkahwinan untuk dipadankan bersama tema sesebuah majlis perkahwinan.
1. BUNGA ROS
Menjadi kegemaran hampir semua orang, bunga Ros merupakan spesis bunga yang paling popular dan mempunyai banyak variasi warna yang mempunyai pelbagai maksud tersendiri pada setiap warna amnya melambangkan cinta dan kecantikkan. Bunga Ros yang tidak bermusim dan tersedia sepanjang tahun juga merupakan suatu pilihan yang tradisional dan sesuai digayakan pada pelbagai jenis tema majlis perkahwinan. Anda tidak akan tersalah pilihan jika memilih bunga Ros sebagai hiasan bunga utama pada majlis raja sehari anda.
2. HYDRANGEAS
Kerana sifat bunganya yang halus dan mengembang, ia sering menjadi pilihan untuk jambangan indah pada hari perkahwinan. Anda boleh membuat sususan mengikut kreativiti anda mengikut warna dan cita rasa yang tersendiri. Hydrangea yang paling biasa digunakan pada majlis perkahwinan adalah berwarna putih, biru dan ungu. Ia mampu menambahkan impak futuristic dengan keindahanya yang sungguh menarik. Gubahan bunga Hydrangea dapat memberikan kontras yang hebat dan menjadikan ruang atau dewan majlis kelihatan besar dan memberikan kesan warna yang tersendiri. Jika anda memilih untuk menggunakan Hydrangea Putih boleh mengabungkan warna lain dengan mudah serta kelihatan cantik dan mekar.
3. PEONY
Bunga ini juga popular dan sering digunakan untuk dekorasi majlis perkahwinan anda. Bunga Peony yang mekar agak besar dan membuatkan hiasan nampak cantik dan anggun. Bunga ini, yang mempunyai variasi warna yang pelbagai boleh digandingkan dengan mana-mana bunga untuk menyerikan majlis perkahwinan anda. Jambangan bunga yang lebih mekar dan lebat membuatkan bunga ini menjadi pilihan untuk dekorasi majlis perkahwinan anda. Ia mampu menerbitkan hiasan dekorasi yang mewah dengan tarikan tersendiri. Tatarias yang mengunakan bunga Peony ini juga dapat menghidupkan suasana romantis dalam majlis perkahwinan anda.
4. BABY’S BREATH
Jambangan bunga kecil yang menawan ini mampu menambahkan suasana romantik dan ceria tanpa terlalu menonjol di majlis hari bahagia anda. Terdapat pelbagai variasi warna bunga Baby’s Breath namun variasi berwarna putih memberikan impak yang melambangkan kesucian pada sesebuah majlis perkahwinan. Bunga Baby’s Breath yang bersifat polos dan minimalis lazimnya ditambah bagi melengkapi sesebuah gubahan bunga, akan tetapi Baby’s Breath juga boleh menjadi elemen bunga utama pada sesebuah dekorasi. Selain daripada itu, Baby’s Breath juga mampu bertahan untuk jangka masa yang panjang menjadikan ia suatu bunga pilihan yang berbaloi.
5. PHALEANOPSIS
Tumbuhan indah yang berasal dari keluarga orkid ini sangat unik dan mempunya peminatnya yang tersendiri. Phaleanopsis merupakan bunga yang eksotik yang tidak lapuk dek zaman dan mempunyai aura kemewahan. Bunga Phaleanopsis yang melambangkan kehalusan dan kecantikkan membuatkan sesebuah tatarias deko tampak elegan dan mewah. Terdapat ribuan variasi Phaleanopsis yang boleh dipilih mengikut kesesuaian tema majlis anda. Bentuk bunga yang kelihatan seperti rama-rama menambahkan lagi perincian dan nilai kehalusan Phaleanopsis. Di samping itu, bunga jenis ini amatlah tahan lama dan boleh digunapakai berulang kali kerana jangka hayat nya yang panjang jika masih belum dipotong dari akarnya.
6. LAVENDAR
Majlis bertemakan warna ungu menjadi pilihan anda pada masa kini. Lavender merupakan bunga berwarna ungu yang boleh digunakan sebagai gubahan hiasan perkahwinan anda. Lavender memberikan suasana yang aggun and ringkas dalam dekorasi perkahwinan anda. Tema Lavender ini hanya menggunakan satu warna sahaja dan ia boleh kelihatan indah dan cantik jika pandai digubah. Dengan memilih bunga Lavender, dekorasi dewan perkahwinan perlu mementingkan kekemasan dan elemen supaya tidak kelihatan serabut serta menenggelamkan gubahan Lavender tersebut. Jika terlalu padat, dekorasi itu akan kelihatan terlalu bewarna ungu dan tiada highlight pada tema tersebut. Ia, merugikan keindahan hiasan bunga Lavender itu sendiri.
Walaupun terdapat bunga-bungaan yang mempunyai maksud dan simbol yang tersendiri, akan tetapi ia seharusnya tidak menjadi halangan buat anda untuk memilih apa sahaja bunga-bungaan yang diminati sebagai dekorasi gubahan yang bersesuaian dengan tema majlis idaman anda. Hiaskanlah hari bahagia anda dengan bunga-bunga indah yang menyerikan suasana romantik. Di samping itu, layarilah laman Instagram dan You Tube Reka Teemor untuk meilhat pelabagai dekorasi gubahan bunga-bunga yang indah dan elegan sebagai inspirasi.
Leave a Reply